MOHON METER TNB - KONTRAKTOR ELEKTRIK BERDAFTAR
BANI VENTURE
Bani Venture kontraktor berdaftar menyediakan perkhidmatan pemasangan meter TNB dengan cepat Dan Mudah
CARA PERMOHONAN METER TNB DAN HARGA 2024
CARA PERMOHONAN METER TNB DAN HARGA 2024
Kos pemasangan meter tnb adalah berbeza bergantung pada jenis permohonan meter samaada bekalan meter 1 fasa atau meter 3 fasa.
CONTOH METER 1 FASA/ SINGLE PHASE DAN 3 FASA / 3PHASE
Terdapat dua pembayaran yang perlu dibuat iaitu:
- Pembayaran kepada kontraktor yang menguruskan permohonantermasuk pemasangan pendawaian lengkap dari papan meter ke dalam rumah dan juga pembayaran ke pihak TNB iaitu caj sambungan pengguna dan deposit meter. Harga caj bayaran kontraktor untuk pengesahan pemasangan lengkap, pengujian dan permohonan ke TNB adalah bergantung pada skop kerja dan jenis permohonan. Sebelum permohonan dibuat papan meter perlu disediakan terlebih dahulu lengkap dengan pendawaian ke kotak agihan (DB).
- Caj sambungan pengguna (CSP) perlu dibayar ke TNB setelah permohonan diluluskan dan caj yang dikenakan adalah bergantung pada skop pemasangan samaada talian atas (overhead) iaitu antara tiang ke papan meter atau talian bawah tanah (underground). Untuk talian atas kos 3 tiang pertama adalah percuma dan tiada penambahan caj tiang dikenakan oleh pihak TNB.
Caj cagaran deposit meter juga perlu dibayar ke TNB setelah sambungan elektrik dibuat oleh pihak TNB. Deposit meter yang dikenakan pula bergantung pada jenis rumah samaada meter 1 fasa atau meter 3 fasa dan untuk premis perniagaan pula bergantung pada kehendak maksima penggunaan bebanan (maximum demand).
HARGA BAYARAN CAS TNB BOLEH RUJUK JADUAL DIBAWAH
Perhatian : Harga dibawah adalah untuk premis baru yang tidak pernah ada meter. Tidak termasuk cas pegurusan Kontraktor .
HARGA METER 1 FASA ( 230V) SINGLE PHASE SUPPLY ( VOLTAGE 230V )
Caj penyambungan Pengguna sesalur underground = RM 1700
HARGA METER 3 FASA ( 400 V) THREE PHASE SUPPLY ( VOLTAGE 400V )
Caj penyambungan Pengguna sesalur underground = RM 1700
Harga Caj Sambungan Pengguna (CSP) dan pemasangan Meter TNB
- Domestik/Rumah
1 Fasa
Baru – RM 250 atau RM 450
- Domestik 3 fasa
Baru dan naik taraf – RM 750
- Komersil 1 Fasa
Baru – RM 450
- Komersil 3 Fasa
Baru dan naik taraf – RM 1700
Caj tambahan tiang untuk permohonan TNB
1 Hingga 3 ( 0 >3 ) – percuma
4 dan seterusnya (4 > ) – RM 200/satu batang (
(hanya untuk domestik,Komersil tiang percuma)
Perkara yang diperlukan dalam permohonan Meter bagi TNB
Permohonan yang bermula dari hujung tahun 2016 adalah sepenuhnya menggunakan atas talian (ON-Line).
- Rumah kediaman, Pemohon individu
- Salinan kad pengenalan pemohon
- Salinan akuan hak milik bangunan contohnya geran tanah, salinan sewa milik, atau sebagainya yang boleh dijadikan bukti permilikan.
3 . Salinan kad pengenalan pemilik ( jika pemohon bukan pemilik tanah/premis )
4. Email
5. No telefon
6. Bill jiran terdekat
- Kedai komersil, Permohon syarikat
- Salinan SSM, Borang 9 or Borang D, Info syarikat
- Salinan ic pengarah urusan
- Salinan akuan hak milik premis
- Salinan kad pengenalan pemilik ( jika pemohon bukan pemilik tanah/premis )
- emel
- no tel
- Bill jiran terdekat
- Caj Kontraktor permohonan meter TNB
Satu fasa : RM 150 ke 300
Tiga fasa : RM 200 ke 400
Jadi harga keseluruhan bergantung kepada jenis rumah, dan berapa fasa bekalan dikendaki.
Bergantung pada kejauhan dan kesusahan permohonan.
CONTOH :
Rumah Kampung 1Fasa
- Deposit :RM 170
- Duty Stamp: RM 10
- CSP : RM 450
- Caj Pegurusan Kontraktor : RM 200
- Total : RM 830 Sahaja
Hubungi saya untuk maklumat lanjut mengenai harga. 0139214322 (BANI VENTURE) www.wasap.my/60139214322
PERMOHONAN METER TNB – LULUS DULU BARU BAYAR
Menyediakan perkhidmatan
-Permohonan Meter Elektrik TNB rumah Baru dan lama
-Permohonan meter Elektrik TNB 1Fasa dan 3Fasa
-Tukar Nama Meter TNB
-Permohonan naik taraf meter Elektrik TNB
-Permohonan bekalan elektrik sementara
LULUS BARU BAYAR | KONTRAKTOR YANG DIPERCAYAI
SEBARANG PERTANYAAN , QUOTATION DAN SARANAN , BOLEH TERUS HUBUNGI :
Sila call/whatsApp : 0139214322
Prosedur Mohon meter TNB
Site Visit – Peyerahan Document – Submit – Lulus -Bayar – PASANG – SIAP
Harga pembayaran TNB boleh rujuk jadual diatas. Pembayaran TNB boleh dibayar terus Kepada TNB tanpa melalui Kontrator . Cuma caj kontraktor perlu dibayar terus kepada kontraktor selepas lulus. Syarikat kami merupakan syarikat kontraktor elektrik berdaftar dibawah suruhanjaya tenaga (ST) dan TNB.
Carian: https://myaccount.mytnb.com.my/search/searchstcontractors
Soalan yang sering ditanyakan megenai MOHON METER TNB.
- Q : Bilakah boleh mohon elektrik ?
A : Rumah perlu siap sekurangnya 80 % , siap wiring DB dan papan meter
- Q :Apakah yang perlu ada untuk mohon meter TNB
A: Pastikan tersedia papan meter , cable, DB dan D hook( untuk sangkut cable servis)
- Q : Berapa lama proses mohon elektrik sehingga dapat bekalan ?
A : Untuk permohonan baru, kebiasaanya sebelum 14 hari bekerja. ada tempat yang 1-3 hari dah siap pasang, bergantung pada tempat dan tenaga kerja. Untuk permohonan meter sahaja tidak termasuk cable servis 1-5Hari kebiasaannya . Jika perlukan tiang kebiasaanya akan lebih lama.
- Q : Macammana proses mohon elektrik ?
A : Jika rumah baru atau rumah ditinggalkan lebih 5tahun wajib melalui kontraktor, jika tidak, boleh buat permohon online atau walk in terus ke TNB Tekan Disini – Cara Mohon Meter TNB Online
- Q : jika pernah ada meter, tapi telah dicabut oleh peyewa/owner sebelumni,mcmmana nak dapat semula meter ?
A : Jika rumah baru atau rumah ditinggalkan lebih 5tahun wajib melalui kontraktor, jika tidak, boleh buat permohon online atau walk in terus ke TNB Tekan Disini – Cara Mohon Meter TNB Online
6. Q : Bagaimana proses upgrade meter 1phase ke 3Phase ?
A : Untuk upgrade meter ada 2 kerja, 1 kena tukar papan meter 3phase dan DB 3phase dulu dan ke 2 cari kontraktor untuk mohon upgrade , Cara Upgrade Meter TNB : Tekan Disini – Upgrade 3Phase
- Q : Saya ingin masuk meter baru untuk rumah lebih dari 2 pintu ?
A : Boleh, untuk permohonan yang lebih 2 unit, perlu buat permohonan Group, Harga sama, kebiasaanya lambat sedikit,
- Q : Bolehkah 1 Rumah nak pakai 2 Meter ?
A : Tak boleh, Perlu ada pintu lain untuk mohon meter baru ,1 bumbung takpa .
9, Q : Saya beli rumah perumahan, beli dgn pemaju , macammana nak masuk meter ?
A : Untuk rumah perumahan, Perlu rujuk dulu dengan pemaju, hal ini kerana . cas sambungan telah dibayar dan hanya perlu bayar deposit sahaja untuk masuk meter . File perumahan kebiasaannya dalam file pemaju . jadi kenapa nak bayar cas sambungan 2 kali, membazir tu .
- Q: saya nak mohon meter atas nama saya, Tapi geran nama orang lain?
A : Boleh, dapatkan geran dan ic pemilik tanah , jika gunakan perkhidmatan bani venture.Kita akan tolong buatkan surat kebenaran.
- Q : Macammana nak tahu kontraktor telah buat permohonan meter ?
A : Jika kontraktor telah buat permohonan dan menggunakan emeil pemohon, TNB akan hantar emeil kepada pemohon, jika tidak .Tiada lah
12. Q : Boleh ke rumah belum siap, nak mohon elektrik awal awal ?
A : Rumah perlu siap sekurangnya 80 % , siap wiring DB dan papan meter
13. Q : Siapakah yang pasang meter nanti, kontraktor atau TNB ?
A : TNB yang akan pasang meter, Kontraktor hanya uruskan .
14. Q : Boleh ke buat mohon meter elektrik TNB terus di TNB , Taknak pakai kontraktor ?
A : Jika rumah baru atau rumah ditinggalkan lebih 5tahun wajib melalui kontraktor, jika tidak, boleh buat permohon online atau walk in terus ke TNB Tekan Disini – Cara Mohon Meter TNB Online
15 . Q : Perlukah geran tanah untuk pasang meter elektrik ?
A : Perlu sangat, TNB akan meneliti setiap document permohonan untuk lulus. tapi jika takde boleh whatapps/call kita . www.wasap.my/60139214322
- Q : Pemilik tanah telah meninggal , macammana nak mohon meter ?
A: Perlukan geran, sijil kematian dan surat permaustautin ( boleh minta dengan ketua KG
KENAPA ANDA PERLU DAPATKAN PERKHIDMATAN KAMI
6 Tahun Pengalaman
Owner syarikat berpengalaman dalam bidang pendawaian elektrik melebihi 5 tahun dan seorang pendawai kompeten yang ditauliah oleh suruhanjaya tenaga.
100% Bumiputera
Pekerja berkemahiran 100% bumiputera untuk memberikan perkhidmatan berkualiti yang telus dan selamat .
2000 Unit Telah Di Pasang
Lebih 2000 unit rumah dan pejabat telah diuruskan oleh Bani Venture.
TENTANG KAMI
Kami ialah Kontraktor elektrik berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) , Beroperasi setiap masa dan cover seluruh Malaysia termasuk Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Pahang, Negeri sembilan, Melaka, Perlis, Kedah, Perak , Kelantan dan Terengganu.
SEBUTHARGA PERCUMA
Pastikan anda mendapatkan perkhidmatan dengan kontraktor berdaftar dan ditauliah oleh Suruhanjaya Tenaga untuk mengendalikan pendawaian elektrik di kediaman anda agar segala penyelengaraan di lakukan dengan selamat dan hasil kerja yang berkualiti. Hubungi kami untuk dapatkan sebut harga percuma.
bani venture
Servis Elektrikal
Permohonan Meter TNB
Permohonan bekalan elektrik untuk rumah kediaman dan pejabat bagi satu fasa dan tiga fasa. Klik untuk maklumat Lanjut
Pemasangan CCTV
Pemasangan CCTV untuk rumah kediaman dan pejabat. Brand HikVision atau Dahua. Klik untuk maklumat lanjut tentang harga dan sebagainya.
Pemasangan Lampu Kipas rumah baru
Memasang kipas dan lampu untuk rumah kediaman baru. Klik untuk maklumat lanjut tentang harga dan sebagainya
Pendawaian baru rumah dan pejabat
Perkhidmatan pendawaian seperti lampu, kipas, plug, aircond dan sebagainya. Klik untuk maklumat lanjut tentang harga dan sebagainya.
Pemasangan Aircond
Pemasangan aircond untuk rumah kediaman dan pejabat dari 1hp hingga ke 6hp. Klik untuk maklumat lanjut dan harga,